Pages

Isnin, 8 Februari 2016

Mengenai Catappa Pro Products


CATAPPA PRODUCTS

Malaysia telah dikurniakan dengan pelbagai tumbuhan tropika yang mengandungi unsur-unsur menyembuh yang telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak berzaman lagi bagi mengubati bermacam jenis penyakit. Dengan itu, pengeskplorasian dan pembangunan ubat berasaskan tumbuhan perlu diperhebatkan dan diperluaskan bagi menghasilkan ubat berasaskan tumbuhan yang mempunyai potensi bioaktif yang tinggi, efektif, dan berharga murah serta tiada kesan sampingan.

Pokok ketapang atau nama saintifiknya Terminalia catappa merupakan pokok tropika yang banyak tumbuh liar di negara kita. Hasil kajian dari “Joshi et al (2008)”, “Babayi et al (2004)” dan “Chyau et al (2002)” menunjukkan daun ketapang mengandungi phytokimia seperti tannin yang mempunyai unsur-unsur antioxidant dan antimicrobial dimana berupaya melawan patogen kulit.

Di pasaran hari ini, contohnya kebanyakkan sabun dan krim antiseptik yang dijual diperbuat daripada campuran berbagai jenis bahan kimia dan bahan-bahan lain yang tidak pasti sumbernya untuk merawat penyakit kulit. Tetapi tidak semua sabun dan krim yang berubat ini boleh menyembuhkan masalah kulit yang dihadapi oleh pesakit malah ada sabun atau krim tersebut menyebabkan penyakit bertambah teruk. Ini mungkin disebabkan bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan sabun atau krim ini tidak serasi dengan kulit pengguna yang berkenaan. Harga untuk sabun dan krim yang berubat ini tentunya lebih mahal. Ini boleh menyebabkan kos rawatan meningkat dan seterusnya membebankan pesakit kerana sering kali pesakit memerlukan penggunaan sabun atau krim yang berterusan atau berulang bagi jangka waktu yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Sehubungan itu, produk berasaskan daun ketapang seperti shower gel, sabun, krim dan losyen telah dibangunkan dimana unsur menyembuhnya sangat berkesan bagi merawat berbagai jenis penyakit kulit. Di antara penyakit kulit yang telah menunjukkan pengurangan sakit atau sembuh sepenuhnya selepas beberapa hari menggunakan produk-produk tersebut ialah gatal-gatal, ruam, dan panau. Di samping itu produk-produk yang berasaskan daun ketapang ini adalah lebih murah, halal dan mesra alam.

Produk ini selamat digunakan dan berkesan kerana telah melalui proses pengujian yang dijalankan oleh institusi/pusat pengujian bertauliah dan keputusannya menunjukkan ianya mencapai tahap piawaian yang ditetapkan atau dibenarkan oleh British Pharmacopoeia 2008.

Bagi memperluaskan lagi penggunaan produk ini, kami bekerjasama dengan pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah bersetuju melantik “Syarikat Syaliza Enterprise” sebagai pengeluar dan pengedar bagi produk ini. Sehubungan dengan itu Syarikat Syaliza Enterprise adalah bertanggungjawab sepenuhnya di dalam pembungkusan, kaedah pengeluaran, pendaftaran hak cipta, pemasaran (marketing) dan lain-lain yang boleh memberi kebaikan kepada produk. Diharap dengan persetujuan yang dicapai di antara kedua belah pihak akan memberi manafaat kepada semua.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll

About